Monday 4 July 2011

Yingluck Shinawatra Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand

Yingluck
Parti Pembangkang Thailand, Parti Pheu Thai memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum Thailand 3 julai 2011, membuka laluan kepada Yingluck Shinawatra untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara ini dalam kejayaan bagi gerakan politik ‘Baju Merah’.

“Keputusan pilihan raya adalah jelas, Parti Pembangkang Puea Thai memenangi pilihan raya dan Demokrat kalah, kita perlu hormati keputusan yang dibuat dalam pilihan raya,” Abhisit memberitahu penyokongnya di ibu pejabat parti kerajaan itu di sini malam semalam. Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Yingluck, 44 yang akan menjadi Perdana Menteri wanita pertama negaranya.Selepas 92 peratus undi dikira, Puea Thai memenangi 260 kerusi daripada 500 yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum semalam.






Aktivis Baju Merah memberi sokongan padu kepada Yingluck, 44, dan menuduh Abhisit bersekongkol dengan tentera untuk bertindak sewenang-wenangnya, rungutan yang berlarutan sejak tentera menggulingkan Thaksin pada 2006. Penyokong Abhisit yang terdiri daripada pihak istana dan golongan kelas menengah di bandar mahu Thaksin menjalani hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Adik kepada jutawan telekomunikasi, Thaksin itu berkata, beliau berhasrat menubuhkan kerajaan campuran berikutan kemenangan itu. Bagaimanapun Abhisit, 46, seorang ahli ekonomi yang dilahirkan di Britain dan mendapat pendidikan di Universiti Oxford telah memberi amaran Thailand boleh kembali menjadi tidak stabil jika Yingluck menang. Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan pilihan raya itu. – Reuters/AP/AFP

No comments:

Post a Comment