Sunday 3 July 2011

Harimau Malaya Mara ke pusingan Ke-2





KEPUTUSAN SEMASA
TAIWAN ( 3 – 2 ) MALAYSIA
AGGREGAT 4 – 4
Malaysia layak ke pusingan ke-2 dengan away gol
CATATAN
BACA ULASAN PERLAWANAN DIBAWAH
ANALISA SEPARUH MASA PERTAMA
(Jaringan Aidil minit 7, Chang Han minit ke 30, Safiq minit ke 39, penalti Taiwan minit ke 42)

Dua gol cantik dari Aidil minit ke 7 dan Kapten pasukan Syafiq Rahim membawa Malaysia layak ke pusingan kedua untuk bertemu SIngapura pada 23 Julai nanti. Aidil membuat rembatan deras dari sepakan percuma sebelum terkena palang dan Syafiq rahim juga membuat tendangan percuma menarik untuk menewaskan penjaga gol Taiwan. Kedua-dua pemain itu juga menjaringkan gol pada aksi pertama di Bukit Jalil.

ANALISA SEPARUH MASA KEDUA
(Sharbinee berjaya menyelamatkan penalti kedua Taiwan (kekasaran oleh Mahali (kad kuning), pada minit ke 63 sekali lagi Sharbinee (kad kuning) berjaya menyelamatkan percubaan pemain Taiwan, Amirul Hadi dikeluarkan pada minit ke 65 digantikan dengan Chanturu, penalti ketiga berjaya disempurnakan Taiwan ekoran Sharbinee mengasari pemain Taiwan dalam kotak penalti, keputusan kekal sehingga tamat perlawanan)

Perlawanan lawan Singapura pada pusingan kedua akan berlangsung pada:
  • Perlawanan pertama: 23 Julai 2011 (di Singapura)
  • Perlawanan kedua: 28 Julai 2011 (di Malaysia)
Mengikut ranking FIFA pada 29 Jun 2011, Malaysia menduduki tangga ke-144 manakala Singapura di tangga ke-142.
 
Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

  Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 untuk kejohanan di Jerman.
 
Tahniah Harimau Malaya
 

1 comment: