Saturday 25 June 2011

Pengaruh Illuminati Dalam Permainan Komputer (PC Games)






Perasankah kita bahawa, di sebalik banyak-banyak permainan komputer seperti Diablo 2, Need for Speed pelbagai versi, Halo, Doom 3, banyak juga lah pengaruh Illuminati di dalamnya. Hhmmmm masih lagi tidak tahu apa itu Illuminati? Macam mana nih? Illuminati tu dari segi bahasa kampungnya ialah 'bapak pemuja IBLIS dunia'. Dan kabilah-kabilahnya termasuklah Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Club dan beberapa lagi. Dan mereka telah menyelit kan dakyah mereka ke dalam camam-camam benda dan kegiatan, termasuklah permainan komputer.

Sebelum saya teruskan diharap jangan salah faham. Saya bukan nak promote PC games di sini, tetapi saya mahu membongkar bahaya-bahaya di sebaliknya, itu sahaja. Semoga dengan itu kita akan semakin berhati-hati dan dapat menjaga aqidah kita dengan baik insyaAllah. Saya akan terangkan lebih lanjut di bawah nanti. Nah sekarang , saya senaraikan beberapa contoh PC games yang mengandungi pengaruh mereka,


Diablo dan Diablo 2




Gothic





Hellgate London





Two Worlds






Assassin's Creed




Harry Potter





illuminatisymbolsonnickelodeon
Nickelodeon







Dan banyak lagi permainan komputer lain yang sememangnya tidak akan muat untuk diisi kesemuanya di sini dan tak tercari oleh saya pun hehe. Cuma apa yang saya nak bagi tahu, permainan-permainan ini di samping syarikatnya mempunyai logo-logo yang ada kaitan dengan logo Illuminati, juga lambang-lambang dalam games ini sendiri banyak yang berkaitan dengan lambang-lambang puak pemuja syaitan dan dajjal.

Selain dari logo-logo dan lambang-lambang tersebut, perlu diperhatikan bahawa permainan-permainan ini mempromosikan ILMU SIHIR. Sehingga ditonjolkan kepada kita adanya sihir baik dan sihir jahat. Pada hal kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu, mana ada sihir yang baik? Kalau disebut ilmu sihir, ianya mesti dipelajari melalui syaitan dan Iblis. Maka mereka mahu memperdayakan kita lebih-lebih generasi muda agar memandang betapa Ilmu Sihir itu perkara biasa. Lama-kelamaan tidak mustahil umat Islam sendiri mengatakan ilmu sihir itu tidak HARAM diamalkan, na'uzubillah. Kanak-kanak akan menjadi gemar kepada kuasa-kuasa sakti dan kehebatan mistik, bayangkan kesannya pada generasi akan datang.

Bukan sahaja diselitkan ilmu sihir itu, tetapi ada juga permainan yang memasukkan watak-watak dari zaman Knights Templar, iaitu pahlawan-pahlawan yang asalnya pahlawan kristian, tetapi berpaling tadah dan akhirnya dipengaruhi oleh puak-puak pemuja syaitan. Knights Templar sememangnya terkenal mempunyai kuasa-kuasa sihir yang diperolehi hasil dari proses pemujaan syaitan. Dan Knight Templar juga lah yang berperang melawan orang-orang Islam merebut Masjid Al-Aqsa dulu.

Dan saya belum sentuh lagi tentang unsur-unsur seks, pergaulan tanpa batas, unsur-unsur keganasan dan sebagainya dalam permainan-permainan komputer sekarang ini. Maka sama-sama lah kita berhati-hati ya, kerana pengaruh mereka menular secara halus dan tanpa kita sedari. Wallahu a'lam :)




No comments:

Post a Comment